Dari dulu UMNO sering dituduh makan rasuah - Utusan Malaysia

Dari dulu UMNO sering dituduh makan rasuah

umno
KEMERDEKAAN negara adalah hasil perjuangan UMNO dan sehingga hari ini parti itu tidak berhenti menabur bakti untuk pembangunan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMERDEKAAN negara pada 31 Ogos 1957 adalah hasil perjuangan UMNO dan kerajaan yang ditubuh melalui sistem demokrasi.

Dalam pilihan raya, parti-parti yang bertanding ialah Perikatan iaitu gabungan UMNO, MCA dan MIC selain DAP dan Pas.

Perikatan menang apabila berjaya mengumpul jumlah undi terbanyak. Maka parti ini berhak menubuhkan kerajaan demi kemajuan dan kemakmuran negara.

Kerajaan melaksanakan banyak usaha dan projek berjalan dengan baik serta teratur sehingga berjaya. Kita bangga atas perjuangannya yang banyak mencapai kemajuan.

Ketika itu, ahli akar umbi bukan terdiri daripada lepasan universiti sebaliknya mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah ke sekolah.

Walaupun banyak mencapai kejayaan dalam perjuangan, UMNO berasa adanya kelemahan yang boleh menjadi kerugian besar dan ia perlu diselesaikan.

Ketika pilihan raya, ramai ahli dan rakyat di satu kawasan tidak dapat mengundi kerana mereka pemegang kad pengenalan merah dan tiada surat kerakyatan.

Disebabkan hal ini, ahli UMNO cawangan bermesyuarat dan menubuhkan satu jawatankuasa untuk bertindak dan berusaha menyelesaikan perkara ini dengan berjumpa pegawai-pegawai di Jabatan Negara. Segalanya diurus sempurna dan berjaya.

Rakyat yang mendapat kerakyatan terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada UMNO cawangan kerana akhirnya mereka berjaya memiliki dokumen berharga. Lalu mereka mengumpulkan derma dan disumbangkan kepada UMNO sebagai membalas budi.

Pun begitu, agak sedih apabila ada pihak menganggap perbuatan itu merupakan satu kesalahan. Mereka katakan UMNO menerima rasuah. Mereka juga membuat laporan polis yang menyebabkan ketua cawangan disiasat dan dibicarakan di mahkamah. Namun, akhirnya hakim mendapati ketua cawangan tidak bersalah selepas mendengar hujah-hujah pihak terbabit.

Inilah perjuangan UMNO, baktinya membangunkan negara dan membela rakyat tidak dipandang dari dahulu sehingga hari ini. Kemajuan demi kemajuan yang membangunkan negara tidak dihargai sebaliknya menerima tohmahan dan tuduhan memakan rasuah.-UTUSAN

MOHAMED KUZRI GAZALI, BN Kota Raja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN