Baiki niat, tingkat kualiti dalam bulan Ramadan

Baiki niat, tingkat kualiti dalam bulan Ramadan

ANTARA hikmah besar diperoleh ialah kita sebenarnya mampu dan berupaya untuk keluar dari kepompong adat lama yang membantut perkembangan serta perubahan dalam diri. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ALHAMDULILLAH, setakat saat ini varian Covid-19 tidak lagi menjadi penghalang untuk kembali kepada suasana normal. Namun, adakah semua keadaan kehidupan normal sebelum ini perlu dikembalikan semula?

Kehadiran Ramadan kali ini bukan sahaja membolehkan umat Islam menjalankan ibadah seperti biasa, namun diharapkan masjid dan surau lebih dihidupkan dan dimakmurkan sebagai bukti kerinduan yang lama tersimpan.

Jika dahulu jemaah melimpah ke luar masjid atau surau ketika malam pertama Ramadan untuk menunaikan solat tarawih, namun bilangan tersebut semakin berkurangan menuju hari-hari terakhir. Trend ini boleh diperbaiki dengan menghidupkan sepenuhnya hari-hari dengan pesta ibadah seperti solat terawih, iktikaf mahupun qiamullail, lebih-lebih lagi di 10 hari terakhir Ramadan.

Jika dahulu terdapat peningkatan kira-kira 20 peratus sisa makanan setiap kali tiba Ramadan, namun pandemik mengajar kita untuk berbelanja dengan penuh berhemah. Budaya ini sangat baik untuk diteruskan bagi mengelakkan diri daripada berlebih-lebihan.

Ekonomi negara serba sedikit terkesan akibat pandemik. Proses keluar masuk aliran kewangan sangat digalakkan demi menyokong ekonomi negara. Namun, ini tidak bermakna kita boleh membazir sesuka hati kerana ia bersalahan dengan prinsip agama. Oleh yang demikian, beli juadah berbuka sekadar secukupnya.

Tuntasnya, marilah memperbaharui niat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam melaksanakan ibadah serta memperbaiki diri supaya Ramadan pada fasa endemik ini lebih baik daripada sebelumnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah.”
Allah SWT menginginkan kebaikan yang banyak kepada hamba-Nya melalui ujian, maka seharusnya kita menyahut perkara tersebut dengan mengaplikasikan kebiasaan baharu pada Ramadan akan datang. Ia perlu bermula dengan disiplin diri dan dalam melakukan perkara yang dirancang.-UTUSAN

MUHAMMAD ALIF NORIZAN & DR. MOHD. SYUKRI ZAINAL ABIDIN
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya