Tol perlu lebih mesra pengguna

Tol perlu lebih mesra pengguna

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESESAKAN di plaza tol di lebuh raya bukan asing terutama ketika musim perayaan berikutan peningkatan jumlah kenderaan. Isu terbaharu berlaku apabila syarikat konsesi lebuh raya mula menggalakkan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di plaza tol.

Sepatutnya pengguna berhak diberi pilihan untuk menggunakan sistem sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag mahupun RFID. Ia merupakan tindakan tidak bijak jika mengehadkan kepada pengguna pada satu sistem sahaja.

Sebaliknya syarikat konsesi perlu lebih peka dengan memastikan sistem di lebuh raya lebih mesra pengguna seperti papan tanda arah untuk masuk lorong tol mengikut jenis penggunaan sistem.

Dengan ini pengguna dapat membuat pilihan tanpa perlu menukar laluan pada saat akhir ketika terlalu hampir dengan kaunter atau penghadang tol.

Di samping itu, elok juga menggunakan garisan lorong masuk yang memantulkan cahaya terutama pada waktu malam.

Penyediaan kaunter tol berselang-seli antara satu sama lain mengikut jenis sistem akan lebih melancarkan aliran kenderaan ketika masuk plaza tol.

Apa yang berlaku pada masa ini, hampir semua plaza tol menghimpunkan atau membariskan satu sistem dan menyebabkan pengguna terpaksa
melencongkan kenderaan mereka di celah kesesakan apabila tersalah lorong.

Ini menyebabkan berlaku keadaan bersimpang siur, bersilang-silang dan menambahkan lagi kesesakan. Keadaan sebegini biasanya berlaku di plaza tol yang mempunyai lorong simpang masuk lebih daripada seperti Plaza Tol Jalan Duta menghala Sungai Buloh dan ke Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) dari arah pusat bandar raya Kuala Lumpur.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN