Tidak salah guna aplikasi janji temu

Tidak salah guna aplikasi janji temu

aplikasi
SEBANYAK 10,000 pasangan berkahwin setelah menggunakan aplikasi Baituljannah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KOMUNIKASI memang tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Setiap manusia akan berkomunikasi antara satu sama lain.

Melalui komunikasi juga manusia dapat melakukan interaksi sosial antara satu sama lain, menyampaikan pesanan menggunakan kaedah lisan mahupun bukan lisan kepada pendengar untuk mereka mudah memahami.

Terdapat banyak media baharu atau aplikasi wujud pada zaman ini yang membolehkan kita untuk berkomunikasi dan membina hubungan dengan orang lain.

Antaranya Baituljannah, Tinder dan Ommi. Tidak dinafikan ini ada kebaikannya tersendiri. Contohnya, Tinder. Ia digunakan untuk mencari pasangan yang juga mempunyai persamaan dengan diri individu tersebut.

Namun, ada juga segelintir individu menyalahgunakan aplikasi ini sehingga ia menjadi suatu aplikasi yang dahagakan hubungan terlarang.

Sebagai masyarakat atau individu yang dididik sejak dari kecil, perkara seumpama ini sewajarnya tidak berlaku. Ia berbalik kepada cara kita berkomunikasi dan tujuan serta kehendak yang kita inginkan.

Bagi memelihara komunikasi dengan orang lain, kita harus berhati-hati dalam berkata-kata dan sentiasa menggunakan identiti sebenar.

Identiti ini penting untuk menimbulkan kepercayaan dan kesenangan kepada pihak yang akan berhubung dengan kita.

Penggunaan aplikasi janji temu dalam talian ini tidak salah. Akan tetapi, apakah niat kita dan apakah yang sebenarnya kita inginkan dalam menggunakannya?

Ia juga dapat membantu membuka minda kita dan melihat sesuatu itu dengan lebih meluas lagi.

Disarankan juga kepada pengguna aplikasi dalam talian untuk mencari teman atau pasangan agar berhati-hati dan menyelidik dengan lebih terperinci sebelum mempercayainya 100 peratus.

DR. NOOR AFZALIZA NAZIRA IBRAHIM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN