Tarik ramai penerima vaksin melalui kempen di media sosial

Tarik ramai penerima vaksin melalui kempen di media sosial

KEMPEN melalui media sosial merupakan langkah terbaik dalam menyampaikan kebaikan dos penggalak kepada rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEHINGGA 16 Januari lalu, hanya 9.4 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19. Statistik menunjukan kadar pencapaian vaksin dos penggalak masih di bawah 50 peratus dalam kalangan penduduk dewasa walaupun sudah bermula sejak Oktober 2021.

Walaupun dos penggalak adalah pilihan tetapi kerajaan menyarankan rakyat mendapatkan suntikan tersebut disebabkan terdapat varian Omicron dan Deltacron.

Menurut Pakar Virologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr. Nazlina Ibrahim, tujuan utama pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Pengambilan dos penggalak akan membantu meningkatkan semula gerak balas imun terhadap jangkitan sebenar virus sama ada daripada varian asal ataupun varian membimbangkan (VOC) yang masih berlegar.

Hal ini juga telah dibuktikan dalam kajian oleh Akademi Sains Cina, Universiti Peking dan Sinovac Biotech yang menyatakan dos penggalak membolehkan perlindungan vaksin lebih lama dan berterusan.

Justeru, bagi memastikan dan menggalakan lebih ramai rakyat mengambil dos penggalak, kerajaan perlu melakukan kempen secara besar-besaran melalui media sosial.

Media sosial kini dilihat lebih cepat untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dos penggalak. Di samping itu, kerajaan perlu mengambil kesempatan melalui saluran media sosial kerana menurut Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social, Malaysia adalah negara kesembilan tertinggi di dunia menggunakan media sosial. Jumlah pengguna internet adalah seramai 25.08 juta, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia.

Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat berkata, kekurangan promosi serta maklumat menyebabkan kebanyakan orang sambil lewa atau beranggapan dos penggalak tidak begitu penting. Kementerian Kesihatan perlu mengambil bahagian dalam menjalankan kempen ini di media sosial bagi memaklumkan kepentingan mengambil dos penggalak.

Selain itu, isu berita tidak benar tentang bahaya dos penggalak yang berlegar di media sosial membantutkan kadar pengambilan vaksin dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak tegas dan mengambil tindakan kepada penyebar berita palsu.-UTUSAN

NURSHAKIRAH, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya