Pelajar bakal sibuk saman guru berpolitik - Utusan Malaysia

Pelajar bakal sibuk saman guru berpolitik

KERATAN akhbar Uttusan Malaysia, 3 Februari 2022 mengenai pelajar boleh saman guru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TULISAN Profesor Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertajuk Pelajar boleh saman guru sibuk politik yang diterbitkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia menarik untuk dibahaskan.

Dalam artikel tersebut menyebut sekiranya terdapat mana-mana guru yang mengabaikan tanggungjawab hakiki terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, tindakan saman sivil boleh diambil terhadap mereka di mahkamah.

Ini kerana pelajar juga mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan terbaik daripada guru-guru mereka.

Malah, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan daripada mana-mana unit bantuan guaman atau menghubungi Majlis Peguam bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pada pandangan saya, mengapa perlu melibatkan pelajar dalam hal ini? Hal ini boleh mengganggu fokus pelajar dalam proses pembelajaran kerana mereka akan sibuk membuat ulasan, bidasan, cadangan dan akhirnya kertas kerja untuk dibawa kepada peguam untuk menyaman.

Justeru, sektor pendidikan memerlukan satu bidang tugas baharu bagi menguruskan paa pelajar yang menyaman guru dan mengawal mereka supaya berpolitik mengikut kebenaran yang diberikan.

DZANMUO, Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN