Kenapa pembangkang takut aku janji?

Kenapa pembangkang takut aku janji?

RAKYAT menuntut pembangkang melakukan aku janji yang mengatakan akan memberi bantuan wang tunai dalam menjaga kebajikan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini saya pernah menulis satu artikel di ruangan Forum Utusan Malaysia mencadangkan atau boleh dianggap sebagai cabaran kepada ahli politik parti pembangkang untuk membuat aku janji bagi membantu rakyat yang terkesan terutama golongan miskin tegar sebanyak RM500 sebulan.

Dalam artikel itu, saya berharap pihak yang kononnya mahu membuktikan (pembangkang) yang terbaik kepada rakyat segera menunaikan janji.

Artikel itu juga menyebut agar buatlah aku janji bersumpah selepas menyatakan hasrat yang mahu menetapkan kebajikan rakyat, iaitu golongan miskin tegar diberi RM700 manakala B40 sebanyak RM500 sebulan selama satu penggal.

Bukankah selama ini secara jelas dan nyata mereka hanya membuat tuduhan dan dakwaan semata-mata dengan niat mahu menumbangkan dan menjatuhkan pihak lain (kerajaan) demi untuk mendapatkan kuasa dan tidak akan ada perubahan yang ketara sekiranya diberi mandat, sama seperti pentadbiran mereka selama 22 bulan sebelum ini.

Setahu saya ketika dalam Parlimen, pembangkang dengan lantang dan berapirapi mengatakan rakyat di luar sana susah dan menderita tetapi apabila dicabar untuk membuat aku janji bersumpah, mereka mendiamkan diri dan sunyi sepi.

Janganlah sekadar menjadi jaguh dalam Parlimen tetapi apabila di luar terserlah pula niat sebenar mereka yang sekadar mahu mempermainkan rakyat semata-mata.

Begitu juga cadangan supaya semua pihak membuat aku janji sumpah laknat dalam mengatasi masalah penyelewengan dan rasuah perlu dilakukan.

Sekalipun hendak mengejar kuasa, biarlah dilakukan secara berhemah dan bijaksana dengan mencerminkan akal fikiran yang waras lagi sihat.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN