Jangan kutuk remaja mahu jual diri

Jangan kutuk remaja mahu jual diri

remaja
ANAK-ANAK belajar daripada pemerhatian dalam keluarga. – GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, tular video berkaitan seorang remaja perempuan yang menawarkan kehormatannya demi mendapatkan wang bagi membantu keluarganya yang berdepan masalah.

Remaja tersebut mengambil langkah berani dengan merakam sendiri video itu kerana telah buntu selain mengambil jalan mudah untuk mencari penyelesaian dalam tempoh singkat.

Dalam kes ini, tanggungjawab sebenar terletak pada bahu ibu bapa. Kesanggupan remaja tersebut untuk membantu menangani isu kewangan yang dihadapi oleh keluarganya patut dipuji, malangnya matlamat tidak menghalalkan cara.

Kemungkinan cara pemikiran anak ini yang agak cetek dan solusi yang diperoleh daripada internet membuatkan dia berasakan hanya ini pengorbanan boleh dilakukan untuk membantu keluarga mengatasi isu kewangan dihadapi.

Oleh itu, komunikasi antara ahli keluarga perlu diutamakan. Keluarga yang berfungsi secara baik akan sentiasa berkongsi isu dan perkara yang berlaku dalam keluarga. Kesedihan, kegembiraan, kesakitan dan semua perkara yang berkait dengan ahli keluarga.

Perbincangan mengenai sesuatu tindakan yang akan dilakukan sewajarnya dilakukan dan dipraktikkan dalam keluarga. Perkara-perkara sensitif perlu diterangkan sebaik mungkin berkaitan kehormatan diri terutama kepada anak-anak remaja perempuan.

Anak-anak belajar daripada pemerhatian dalam keluarga. Ini merupakan asas kepada setiap tindakan yang akan diambil untuk mereka menangani sebarang isu yang timbul.

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebaiknya diterangkan secara jelas bagi mengelak mereka memahami yang semua perkara boleh dibuat asalkan mencapai matlamat.

Dalam pada itu, kecaman, kutukan, kritikan ataupun memberi pandangan negatif terhadap apa yang telah dilakukan tidak akan membantu untuk perkembangan diri remaja ini bahkan, boleh membawa kepada kesan lebih buruk. – UTUSAN

DR. RABA’ ATON ADAWIAH @ ROBIAH MOHD. YUSOF, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya