Islam benarkan metaverse - Utusan Malaysia

Islam benarkan metaverse

PASANGAN dari Chennai, India merancang untuk melaksanakan perkahwinan menerusi platform metaverse bertemakan Harry Potter serta dihadiri oleh keluarga, rakan dan ‘menghidupkan’ orang yang meninggal dunia untuk bergembira pada hari tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

METAVERSE adalah media komunikasi secara 3D atau dalam talian yang menghubungkan pengguna di alam maya sebagaimana mereka berkomunikasi di alam nyata.

Ketika ini, gerbang Decentraland adalah antara dunia maya pertama yang diinovasi bagi menyediakan ruangan untuk pengguna mencipta ‘dirinya’ dalam sistem dinamakan avatar. Pengguna boleh meneroka alam maya seolah-olah berada di alam dunia, menyertai upacara dan majlis yang dianjurkan serta melakukan aktiviti ekonomi sehingga boleh membeli hartanah secara dalam talian.

Metaverse menyediakan pelaburan hartanah maya yang dijual dalam Decentraland, The Sandbox, Somnium Space dan Cryptovoxels. Pengguna boleh melakukan dagangan di platform seperti Parcel.So untuk membeli atau melakukan bidaan.

Sebagaimana pelaburan hartanah secara fizikal, pelabur mengharapkan harga tanah akan naik untuk dijual dengan harga lebih mahal pada masa hadapan. Keberangkalian hartanah menjadi aset terbiar atau diceroboh serta boleh didagangkan 24 jam dalam tujuh hari seminggu, menyediakan peluang pelaburan dan pekerjaan era baharu kepada generasi baharu yang boleh diteroka dengan lebih jauh.

Syariah Islamiyah tidak melihat kemajuan dan inovasi kepintaran manusia itu sebagai satu ‘penggugat’ hidup manusia sebaliknya merupakan salah satu nikmat yang perlu dihargai dan diuruskan dengan baik demi kemanfaatan manusia. Berbekalkan falsafah ini, setiap perkara teknologi ini akan dinilai menurut neraca syariah yang terbina daripada nas-nas al-Quran dan sunah seperti sesuatu transaksi tidak mengandungi unsur riba, gharar dan perjudian mahupun pertaruhan.

Jika dilihat produk yang disajikan dalam metaverse yang banyak berasaskan kepada token atau mata wang kripto, ia tidak melihatkan keempat-empat parameter tersebut wujud secara jelas. Oleh yang demikian, ada beberapa fatwa tempatan seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 2021 dan antarabangsa yang mula menerima kripto sebagai instrumen pertukaran.

Meskipun begitu, penerimaan tersebut bukanlah secara mutlak sebaliknya disertai beberapa syarat seperti perlu dilaksanakan menerusi platflorm berlesen yang dikawal selia oleh pihak berautoriti dan kefahaman pengguna mengenai ciri-ciri token yang digunakan.

Oleh yang demikian, bidang ini memerlukan penyertaan lebih ramai cendekiawan syariah dibantu tenaga teknikal memandangkan perkembangan teknologi berkaitan kripto dan metaverse semakin pantas sesuai dengan era Revolusi Industri 4.0.

DR. MOHD. SHAHID MOHD. NOH, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya