Kerajaan bakal bangunkan ekosistem perundangan industri tenaga - Utusan Malaysia

Kerajaan bakal bangunkan ekosistem perundangan industri tenaga

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal membangunkan satu ekosistem perundangan berkaitan industri tenaga boleh diperbaharui bagi memudah cara pelaksanaan Dasar Tenaga Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kini sedang memberi fokus kepada arah tersebut.

“Dengan dasar peralihan tenaga, akan ada usaha merancak pembukaan industri tenaga boleh diperbaharui lebih-lebih lagi sebagai persediaan Malaysia ke arah penggunaan tenaga bersih.

“Justeru, tumpuan kini adalah untuk membangunkan ekosistem perundangan bagi memudahcarakan pelaksanaan dasar terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Anwar berkata, dasar peralihan tenaga akan berusaha merancakkan pembukaan industri tenaga boleh baharu terutama sebagai persediaan untuk negara ke arah penggunaan tenaga bersih.

“Alhamdulillah, untuk tahun lalu, Malaysia merekod pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion atau 23 peratus lebih tinggi ketimbang tahun 2022.

“Bagi tahun 2024, setakat Mac sahaja, kita berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion. Ini termasuklah dari Australia (RM24.5 bilion) serta Jerman dan Perancis (RM46 bilion). Insya-Allah, rekod tahun ini akan dilonjakkan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN