Carilah ruang terus bantu rakyat - Utusan Malaysia

Carilah ruang terus bantu rakyat

WALAUPUN ada bantuan daripada kerajaan tetapi rakyat semakin terdesak untuk meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi apabila kos hidup terus meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAPATAN kajian Pemuda UMNO ke atas 21,763 responden pada 11 dan 12 Januari lalu menunjukkan 97.1 peratus sangat mengharapkan pengeluaran tunai sebanyak RM10,000 secara sekali beri buat kali terakhir melalui wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih membimbangkan apabila media massa melaporkan jumlah peminjam baharu pinjaman wang tidak berlesen atau along mencapai 450 hingga 650 orang sebulan, malah ada yang mendapatkan khidmat sehingga 20 along.

Senario ini menunjukkan betapa terdesaknya rakyat pada waktu ini walaupun adanya usaha-usaha untuk membantu dilaksanakan.

Mungkin tindakan ini jalan terakhir bagi mereka yang hilang punca pendapatan setelah permohonan pinjaman tidak berjaya manakala bantuan diterima sangat kecil dan terpaksa melalui tempoh pengagihan yang panjang seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Justeru, setiap kementerian tidak seharusnya berpuas hati dengan rekod pencapaian 100 hari yang dibentangkan sebaliknya terus memperhalusi sudut-sudut kecil yang dapat membantu meringankan ataupun mengeluarkan rakyat daripada kemelut ini.

Sebagai contoh, kes tuntutan waris selepas kematian ahli keluarga yang sedang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad memakan masa panjang antara enam bulan sehingga setahun. Ini kerana memerlukan pengesahan daripada pelbagai pihak walaupun keputusan mahkamah sudah diperoleh. Dalam era teknologi masa kini, rakyat masih berharap adanya ruang untuk mempercepatkan proses tersebut.

Dua usaha ini jika dapat dipermudahkan oleh kerajaan bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada rakyat yang terkesan tetapi juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada bantuan-bantuan kerajaan.

KELUARGA MALAYSIA, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN