Usah pandai-pandai sambung wayar - Utusan Malaysia

Usah pandai-pandai sambung wayar

PENDAWAIAN dilakukan oleh mereka yang tiada kepakaran dalam bidang elektrik boleh membawa kepada kebakaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK kebakaran sama ada di kediaman atau premis perniagaan disebabkan litar pintas berpunca daripada pengaliran bekalan elektrik yang kurang sempurna.

Litar pintas berlaku apabila wujud pencantuman antara litar hidup dengan litar neutral bagi pendawaian tinggi dan antara fasa hidup dengan litar neutral bagi pendawaian tiga fasa, juga antara fasa hidup dengan litar neutral bagi pendawaian satu fasa.

Ini bermakna kerja-kerja sambungan elektrik hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang elektrik.

Justeru, anda perlu mendapatkan kontraktor elektrik yang berdaftar untuk membuat kerja-kerja tersebut. Kontraktor akan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa elektrik. Langkah ini bagi memastikan pemasangan tidak berlebihan atau mempunyai sebarang sambungan salah bagi mengelakkan kemalangan elektrik yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun harta benda.

Pada masa masa, sebagai pengguna, anda disaran mengikuti beberapa langkah agar tidak menjadi mangsa kemalangan elektrik:

-Jangan buat sambungan elektrik tanpa kebenaran atau kerja-kerja kawat elektrik jika tiada kepakaran.

-Jangan bermain layang-layang berhampiran kawat elektrik, memanjat tiang elektrik atau mengutip alat pesawat elektrik yang jatuh.

-Menutup pesawat semasa menggantikan mentol lampu.

Kemalangan elektrik tidak mengenal sesiapa. Sedikit kesalahan sambungan boleh mengakibatkan anda mengalami pelbagai kesusahan dan kesedihan dan apabila ia terjadi, segala-galanya sudah terlewat untuk diselamatkan.

Jadi, lebih baik bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan. Difahamkan kemalangan akibat elektrik mencatat jumlah pro rata setahun sebanyak 58 kemalangan.

 Harus diingatkan, keselamatan di tangan anda.

BULBIR SINGH, bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN