2,263 unit, 165.5 liter cecair vape bernilai RM1 juta dirampas

2,263 unit, 165.5 liter cecair vape bernilai RM1 juta dirampas

HAKEMAL HAWARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,263 unit rokok elektronik (vape) dan 165.463 liter cecair, dianggarkan bernilai RM1 juta dirampas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di lima negeri melalui Op E- Cig Mega, kelmarin. 

Dalam serbuan pukul 2 petang itu, sebanyak 30 premis diperiksa membabitkan Kuala Lumpur (11); Selangor (4); Negeri Sembilan (3), Melaka (5) dan Johor (7). 

Komander Briged Tengah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, operasi dijalankan bagi mengesan vape yang dibawa masuk secara seludup dan diproses secara haram.

Katanya, melalui operasi itu, sebanyak 2,263 unit vape dan 165.463 liter cecair vape dianggarkan bernilai RM1 juta, dirampas.

“Kita turut mengeluarkan 16 saman di bawah  Kesihatan Malaysia (KKM) dan 25 kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bernilai RM28,500.

“Kompaun dikenakan atas kesalahan Akta Perlesenan,  kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam sidang akhbar Op E-Cig Mega di pejabat Briged Tengah PGA di Cheras dekat sini, hari ini. 

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, seramai 51 individu diperiksa membabitkan 44 warga Malaysia; Indonesia (3); Bangladesh (3) dan masing-masing seorang warga India dan Myanmar.

Katanya, turut ditahan dua warga Bangladesh dan Indonesia dianggarkan berusia 30-an.

“Mereka ditahan bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN