SAUDARA PENGARANG,
BERDASARKAN artikel akhbar Utusan Malaysia bertajuk Kerjasama politik: Tiada siapa yang isytihar bubar MN pada 22 Januari lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya komited mengadakan perbincangan sama ada bersedia bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau sebaliknya.
“Muafakat Nasional (MN) masih berjalan, tiada siapa isytihar bubar lagi. Tetapi, kerjasama dan perbincangan itu kita akan teruskan.
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan UMNO. Komitmen kita sebenarnya dengan UMNO dan lain-lain parti sebenarnya masih lagi berjalan dan kita harapkan mampu mengadakan kerjasama yang baik,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Kerana itu, kami amat setuju supaya PRN Johor tidak diadakan dalam waktu terdekat kerana BN wajar bertindak secara muafakat dengan Pas walaupun hanya berhubung satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Melainkan Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju untuk bubarkan DUN Johor, maka UMNO/BN tidak wajar bertindak bersendirian iaitu secara unilateral.
AKAR UMBI AHLI UMNO, Kuala Lumpur










