Kebahagian muncul selepas diuji susah - Utusan Malaysia

Kebahagian muncul selepas diuji susah

KITA digalakkan berdoa dan meletakkan seluruh kepercayaan kepada Allah SWT apabila diuji dalam kehidupan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DUA tahun kebelakangan ini, seluruh dunia menghadapi cabaran getir berikutan penularan wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan ekonomi, ketidakstabilan politik, permasalahan masyarakat dari sudut pendapatan serta emosi, peningkatan jumlah kematian, perniagaan gulung tikar sehinggalah membawa kepada peningkatan kes perceraian, bunuh diri dan sebagainya.

Malaysia bukan sahaja berdepan penularan Covid-19 tetapi turut diuji beberapa kejadian tanah runtuh, kepala air di Gunung Jerai, Kedah dan pada 18 Disember lalu, banjir luar biasa di Shah Alam, Hulu Langat, Dengkil, Klang termasuk Kuala Lumpur sehingga rumah, kenderaan serta harta benda rosak dan dibawa air deras.

Dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a dan Abu Sa’id r.a, mereka berdua mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah menimpa seorang mukmin itu suatu penderitaan, kesusahan, penyakit dan kesedihan sehinggalah kepada kerisauan yang merunsingkan melainkan Allah SWT akan menghapuskan bagi dirinya keburukan (dosa dan sebagainya).”

Dalam ayat tersebut, Nabi Muhamad SAW memberi gambaran akan adanya cahaya sinar bagi mereka yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan seperti ganjaran pahala kerana kesabaran atau dijanjikan terhapusnya dosa kerana musibah dan kepayahan tersebut. Sudah pasti orang yang beriman tidak rugi apa-apa.

Semoga ada sinar cahaya pada tahun baharu ini yang membawa kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan dalam menghadapi cabaran mendatang.

Sebagai orang beriman, kita wajar meletakkan keyakinan penuh kepada Allah SWT dalam mengaturkan segala yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jadi, usahlah gusar dalam menghadapi segala kesusahan serta dugaan sebaliknya berganding bahu membantu mereka yang menghadapi musibah dan kepayahan.

PROFESOR MADYA DR. KHADHER AHMAD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya