Pulihkan politik, bukan reset - Utusan Malaysia

Pulihkan politik, bukan reset

HIMPUNAN Malaysia Yang Lebih Baik yang hendak diwujudkan oleh golongan elit harus dihentikan demi memelihara kesucian institusi beraja daripada politik negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AGAK janggal apabila terdapat cadangan untuk menubuhkan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik dalam menasihati Parlimen mengenai hal berkaitan pentadbiran kerajaan akan mengganggu dan menggugat sistem demokrasi negara. Hujahnya kerana wujud kelemahan dalam sistem badan legislatif yang dilihat kurang efektif dalam kawalan ke atas badan eksekutif negara ini. 

Ini menyebabkan kumpulan ini mencadangkan untuk reset semula sistem politik dan pentadbiran negara. Tetapi, mengapakah perlu mewujudkan sebuah badan platform elit untuk peranan tersebut? 

Ini merupakan agenda reset negara yang boleh mengganggu-gugat peranan badan legislatif terutama Parlimen sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran negara. Sepatutnya Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik perlu memperkasakan sistem semak imbang sedia ada.

Cadangan tersebut ibarat pemburu haram tidak boleh menjadi penjaga zoo yang boleh dipercayai. Begitu juga, apakah penerima manfaat rakyat daripada perbezaan struktur yang baharu? Adakah penerima manfaat ini hanya untuk golongan elitis yang akhirnya tidak boleh menjadi perumus semula dasar yang munasabah? 

Apakah jaminan ahli-ahli Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ini bebas daripada komposisi parti politik dan tidak akan kembali semula ke takuk lama? Apa yang penting ialah usaha untuk melihat sebab dan akibat fenomena yang berlaku. Sikap sedemikian tidak akan membantu usaha menganalisis punca dan akibat seperti kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik dalam lingkaran yang kelihatan tidak dapat dipulihkan.

Bukankah negara sudah ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diiktiraf oleh Parlimen yang kini sedang rancak merancang dan merangka cadangan pemulihan negara? Jadi, apa perlu kita tubuh satu majlis atau kaukus lain pula yang peranannya jelas bertindan dan bercanggah dengan prinsip asas raja berperlembagaan? 

Apakah rasional cadangan ini diangkat terus dan secara khalayak kepada Yang di-Pertuan Agong adalah langkah tidak beradab kepada Seri Paduka yang berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri?

Budaya elit ini kalau dibiarkan akan membuka ruang kepada rakyat untuk melibatkan Seri Paduka dan institusi beraja kepada konflik pentadbiran negara.  Bukankah lebih baik majlis ini bersidang dan hantar usul serta cadangan mereka langsung kepada Perdana Menteri, kerajaan, semua ahli Parlimen, MPN? Atau paling senang, jadikan sahaja usul mereka sebagai manifesto pilihan raya dan bertanding saja dalam pilihan raya umum dengan agenda reset sebagai manifesto parti baharu. Bukankah kaedah ini cara paling sah kalau mahu terlibat dengan urusan pentadbiran negara di Malaysia?

ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya