Kita sudah hilang sifat malu - Utusan Malaysia

Kita sudah hilang sifat malu

ISU berkaitan rogol dan gangguan seksual boleh memberi kesan terhadap emosi dan mental mangsa. – GAMBAR HIASAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU rogol yang mendapat tempat dalam media arus perdana dan media sosial sejak kebelakangan ini tidak wajar didiamkan atas alasan perkara tersebut sudah berlalu.

Sebaliknya, ia perlu terus diperkatakan dan diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya dibahas secara umum tanpa memikirkan harga diri seseorang.

Apa yang berlaku terhadap pelakon Raja Farah Raja Aziz dan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong wajar dijadikan iktibar.

Jika dilihat melalui program televisyen yang menceritakan babak lakonan dalam filem Anak Halal itu tidak menjadi masalah tetapi apabila seorang pelakon lelaki yang menjelaskannya secara terperinci sehingga dia bernafsu telah menyebabkan kemarahan bukan sahaja pada pelakon wanita terbabit dan keluarganya tetapi orang ramai.

Inilah mentaliti orang kita yang patut diubah. Orang kita masih lagi membuat perangai lama dengan tidak menjaga sensitiviti orang sekeliling.

Jika dilihat sesi temu bual itu, nampak santai dan menghiburkan tetapi ia juga memberi kesan mental dan emosi kepada mereka yang terlibat. Isu rogol ataupun gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai bahan jenaka atau gurauan oleh mana–mana pihak.

Justeru, jika anda menjadi mangsa gangguan seksual, jangan takut untuk membuat aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jangan jadikan isu rogol dan gangguan seksual sebagai bahan
lawak dan budaya di negara ini sedangkan Malaysia dihuni oleh rakyat pelbagai kaum serta terikat dengan batas-batas tertentu. Jangan hanya kerana mahu dilihat berfikiran terbuka sehingga lupa adab dalam berbicara.

Bagi saya, masyarakat kita sudah hilang nilai dan sifat malu. Anak-anak muda dan kadang kala mereka yang sudah berusia juga tidak malu menggunakan perkataan lucah atau berbicara mengenai isu ini secara terbuka di tempat awam termasuk di pejabat. Ia menyebabkan situasi kurang menyenangkan dalam kakitangan yang mendengar perbualan itu.

Begitu juga di laman sosial, betapa beraninya orang ramai berbual dan bertindak sedemikian tanpa menghiraukan pandangan pengguna lain.

Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan berwajib secara tegas. Kita tidak mahu Malaysia hilang harga diri oleh kerana sikap sesetengah pihak yang tidak sensitif. Perlu ada penegasan secara total dengan tidak mudah melepaskan tayangan program atau artikel berkaitan isu ini.

NAZ KHALID, Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN