Tarik lebih banyak pelabur - Utusan Malaysia

Tarik lebih banyak pelabur

RAKYAT jangan terlalu memilih kerja jika tidak mahu terus menjadi penganggur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UCAPAN setinggi penghargaan kepada kerajaan kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu, kerajaan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan baharu disediakan tahun ini.

Sehingga 10 September lalu, lebih 376,000 pencari kerja mendapat pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 354,276 peluang pekerjaan.

Sesungguhnya pencapaian ini bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi beberapa bulan lalu berlaku kekalutan dalam politik negara hingga membawa kepada pertukaran pucuk pimpinan.

Apa yang diharapkan, janganlah kekalutan politik seperti itu berulang lagi, sebaliknya berilah sepenuh kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang untuk mentadbir negara demi kebaikan rakyat.

Kemampuan kerajaan masa kini sudah jelas terbukti apabila berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Di samping itu, usaha-usaha wajar dijalankan bagi memberi keyakinan kepada pelabur luar negara supaya datang melabur dan membuka banyak kilang di negara ini.

Dalam pada itu, rakyat juga perlu berfikiran positif untuk membantu kerajaan mengurangkan kadar pengangguran.

Bagi mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan termasuk para lepasan universiti, jangan terlalu memilih kerja jika tidak mahu terus menjadi penganggur.

Setiap mereka mesti bersedia untuk bekerja dengan syarikat swasta tanpa mengharapkan menjadi kakitangan kerajaan semata-mata mahu mendapat pencen selepas bersara.

Mereka harus melihat ramai kakitangan swasta boleh hidup senang selepas tamat perkhidmatan kerana mereka jimat berbelanja di samping mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.