fbpx

1 Disember 2021, 12:27 am

  TERKINI

Kadar pencen ilat sudah lapuk

PENAMBAHBAIKAN kadar pencen ilat dapat meringankan beban lebih-lebih lagi ketika kos sara hidup semakin tinggi. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDAR PENGARANG, 

KERAJAAN diminta menyemak semula faedah pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) agar selari dengan keperluan semasa.

Saya memohon kepada kerajaan untuk mengasihani semua penerima pencen tersebut. 

Diharap dalam pembentangan Belanjawan 2022 nanti kerajaan tidak hanya memfokus kepada nasib orang kurang upaya (OKU) tetapi perlu dilihat secara keseluruhan.

Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan, ditambah pula dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan di pasaran. Segalanya mahal. 

Justeru, kerajaan perlu menyemak semula kepentingan pencen ilat bagi golongan seperti saya yang kini hilang upaya untuk berjalan sejak 20 tahun lalu serta mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Ini kerana hidup saya hanya bergantung kepada bantuan Perkeso.

Diharap kerajaan dapat membantu meringankan beban golongan seperti saya dengan menaikkan kadar pencen ilat dalam meneruskan kehidupan.  Janganlah bersikap memilih kasih dengan meminggirkan golongan seperti saya.

AHMAD HAKIM, Kota Bahru, Kelantan

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN