Janganlah antiprojek mega - Utusan Malaysia

Janganlah antiprojek mega

PROJEK mega yang tergendala disebabkan pandemik Covid-19 perlu diteruskan bagi pemulihan ekonomi dan mengurangkan kadar pengangguran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan di Parlimen supaya projek mega digantung bagi memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat. Ketika ini, projek-projek mega terdahulu yang masih belum siap diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tetapi kerajaan tetap memberi penekanan
kepada aspek kebajikan dan pemulihan rakyat.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) janganlah nampak sangat antiprojek mega. Menggantung projek mega yang sedang berjalan ketika ini akan menyebabkan ribuan rakyat tempatan yang bekerja di projek lebuh raya dan jalan kereta api akan kehilangan kerja. Tak pasal-pasal jumlah pengangguran makin bertambah.

Lainlah jika PH hendak mewujudkan tabung harapan yang baharu untuk membantu mereka ini dari segi bantuan kewangan bulanan sehingga projek disambung semula.
Syarikat-syarikat pembinaan dan pembekal juga akan terjejas teruk. Jika syarikat-syarikat besar ini tidak ada job, maka ramai lagi yang terpaksa dibuang kerja. Kesannya akan berangkai kepada sektor ekonomi lain sekali gus melambatkan pemulihan ekonomi negara.

Adalah lebih bagus jika PH memantau aspek pelaksanaan projek mega supaya tiada unsur ketirisan yang menyebabkan peningkatan kos. Pantaulah juga jumlah pengambilan pekerja tempatan agar projek mega ini dapat memberi faedah kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya