fbpx

8 Disember 2021, 2:40 pm

  TERKINI

Berjalan kaki tingkatkan mood

BERJALAN kaki setiap hari bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN bersetuju memberi kebenaran kepada orang ramai yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lalu.

Ini bermaksud rakyat tidak perlu lagi berkurung di dalam rumah dibelenggu kemurungan dan tekanan.

Ekoran lampu hijau itu, aktiviti pertama dalam ­fikiran adalah menziarahi keluarga dan berjalan-jalan makan angin.

Daripada asyik berjalan-jalan melibatkan jarak jauh, kita tidak harus melupakan aktiviti berjalan kaki pada jarak sederhana dan pendek.

Berjalan kaki mempunyai pelbagai faedah untuk kesihatan ­fizikal dan mental, dapat meningkatkan kesejahteraan emosi, tenaga dan meningkatkan mood dengan serta-merta.

Tidak hairanlah pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung kepada ubat-ubatan sering dinasihatkan doktor untuk berjalan kaki secara berkala kerana ia membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar.

Semasa berjalan kaki, kita dapat bertemu orang lain, kita mungkin mengangguk, tersenyum kepada mereka dan mereka mungkin akan tersenyum kepada kita.

Pada masa sama, ia membolehkan kita untuk berada di tengah-tengah alam semula jadi yang dapat memberi kesan pemulihan kuat terhadap kesihatan mental.

Sebab itu, semasa berjalan di tengah-tengah kehijauan, ia akan membuat kita berasa gembira. Perasaan itu akan diperoleh secara automatik dengan berjalan kaki.

Berjalan kaki juga membolehkan kita meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri dan dapat melupakan sementara pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul dalam hidup.

Aktiviti ini memberi isyarat kita mengutamakan diri sendiri dan ia akan membuat kita berasa baik dan boleh meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri.

Oleh itu, jadilah amalan berjalan kaki sekurang-kurangnya 10 minit sehari sebagai rutin harian kerana ia berfaedah untuk menjaga kesihatan ­fizikal dan mental kita.

AZIZI AHMAD, Segambut Luar, Kuala Lumpur.

POPULAR

KOSMO! TERKINI