Ais krim tidak halal dalam pasaran? - Utusan Malaysia

Ais krim tidak halal dalam pasaran?

Produk makanan tanpa logo halal meragukan pengguna Islam.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU berkaitan makanan halal ini seperti  tiada kesudahan. Sikap mengambil mudah aspek halalan toyyiban oleh pengguna Muslim boleh menjejaskan aspek spiritual dan fizikal, bahkan ia perkara yang tidak disukai oleh penganut agama itu.

Banyak jenama makanan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat makanan dan minuman mempunyai logo halal seperti yang tetapkan oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di pasaran bagi memperoleh kepercayaan pembeli Islam.

Namun, apa yang saya perhatikan,  kenapa sebuah syarikat pengeluar ais krim yang dikenali tidak mempunyai tanda halal seperti pengeluar lain sedangkan ia menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama orang Melayu? 

Perkara ini telah lama berlaku dan dijual di seluruh pasar raya dan kedai runcit, malah diletakkan di bahagian sama dengan ais krim yang halal.  

Harap pihak berkuasa seperti Jakim serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau serta mengambil perhatian agar tiada makanan tanpa logo halal dibenarkan dijual kepada orang Islam.

PEMBELI AIS KRIM, Tanjung Agas, Tangkak, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya