fbpx

23 September 2021, 8:30 am

  TERKINI

Sinar diharapkan rakyat daripada Kabinet baharu

RAKYAT menaruh harapan negara dapat bangkit daripada tekanan pandemik Covid-19 dan memacu ekonomi. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LANGKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan sebahagian besar muka lama dalam Kabinet dan menyambung tugas tiga duta khas bertaraf menteri secara tidak langsung menoktahkan objektif dan gagasan baharu kerajaan.

Pada hemat saya, secara jujurnya, barisan Kabinet hari ini masih dibayangi kerajaan lalu. Perkembangan mutakhir ini begitu jelas untuk kita meneropong adakah terdapat cahaya di hujung terowong di bawah teraju Ismail Sabri? Adakah kita mampu bangkit daripada kegagalan kerajaan terdahulu dengan memberikan keutamaan terhadap kehendak dan aspirasi rakyat dalam usaha-usaha memulihkan ekonomi negara di samping menangani lengkuk pandemik Covid-19 dengan tuntas?

Rakyat berharap Ismail Sabri dapat mengotakan janji sekali gus membawa Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan selain tidak mengulangi kesilapan pemimpin dahulu.

Jangan lupa, rakyat sentiasa memerhati setiap tindakan yang diambil sebagai petunjuk dalam pilihan raya umum akan datang.

TOK WALI SONGE, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

POPULAR

KOSMO! TERKINI