fbpx

16 Oktober 2021, 10:31 am

  TERKINI

Kaji sedalam-dalamnya sebelum beri dos ke-3

KEMENTERIAN Kesihatan diminta mengkaji kesan suntikan dos ketiga sebelum diberikan kepada golongan rentan. -UTUSAN/ IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai keperluan suntikan dos vaksin ketiga bagi golongan berisiko serta barisan hadapan amat mencurigakan dan tidak masuk akal.

Walaupun saya sendiri telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, namun langkah sebegini amat tidak praktikal dan kurang wajar. Ini secara tidak langsung akan mengiyakan dakwaan golongan antivaksin serta terdapatnya konspirasi tersembunyi di sebalik langkah kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi.

Justeru, kerajaan harus memperhalusi sedalam-dalamnya serta menangguhkan terlebih dahulu pemberian dos vaksin ketiga.

Diharap Kementerian Kesihatan tidak menjadikan rakyat sebagai tikus makmal, sebaliknya wajar mencari alternatif bagi menggantikan vaksin sekiranya didapati tidak berkesan lagi. Bukannya memberikan suntikan penggalak sebagai jawapan kerana suntikan terdahulu juga dikira penggalak untuk menghindarkan daripada terkena jangkitan. Kini di manakah perbezaannya?

TOK WALI SONGE, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN