Buka IPT Oktober tak masuk akal? - Utusan Malaysia

Buka IPT Oktober tak masuk akal?

KPT dengan kerjasama CITF giat melaksanakan Program VACC2Campus bagi meningkatkan jumlah warga IPT mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus di buka pada 15 Oktober ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN Kementerian Pengajian Tinggi membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober ini sangat tidak masuk akal.

Ini kerana pembukaan pada Oktober yang tinggal beberapa hari lagi akan menyukarkan pelajar dan keluarga. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad perlu lebih peka mengenai keperluan pelajar yang perlu mencari rumah sewa di luar kampus dan sebagainya. Beliau perlu sedar, tidak semua pelajar layak untuk tinggal di asrama. Kebanyakan mereka perlu menyewa di kawasan berdekatan kampus.

Pemberitahuan saat akhir  sebegini menyukarkan mereka mencari rumah sewa dan mengumpul wang bayaran pendahuluan yang selalunya selama dua hingga tiga bulan. Saya tidak rasa dalam masa singkat ini, pelajar mahu tergesa-gesa mencari rumah sewa. Keadaan ini akan memberi bebanan kewangan kepada ibu bapa dan penjaga dan risiko jangkitan.

Mengapa tidak kementerian mengambil pendekatan lebih selamat iaitu membuka kembali IPT pada semester akan datang? Ia bukan sahaja memudahkan menguruskan keperluan dan tempat tinggal, malah membolehkan pelajar fokus terhadap pembelajaran sehingga akhir semester ini.

PELAJAR DILEMA, Kuantan, Pahang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.