Utamakan keselamatan ketika kursus dalam talian - Utusan Malaysia

Utamakan keselamatan ketika kursus dalam talian

PENYELIA dan peserta perlu memastikan keselamatan diutamakan sepanjang kursus secara dalam talian. - GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

LATIHAN dalam talian tidak terlepas daripada risiko dan masih memerlukan taklimat keselamatan untuk tindakan pencegahan yang boleh menyebabkan berlaku kecederaan atau risiko keselamatan kepada peserta kursus.

Antara perkara yang boleh dititikberatkan dalam taklimat keselamatan latihan termasuklah peringatan tentang posisi kedudukan dan tempat duduk yang perlu sentiasa selesa dan ergonomik. Contohnya, pemilihan kerusi dalam memastikan postur tubuh berada dalam keadaan selesa, pencahayaan di skrin komputer atau gajet perlu ditetapkan pada tahap 50 peratus bagi mengelakkan keletihan visual kepada mata dan bunyi perlu ditetapkan pada kadar 50 peratus terutama apabila menggunakan fon kepala atau fon telinga. Sekiranya bunyi yang terlalu kuat ditetapkan, ia boleh mengganggu keselesaan telinga sepanjang latihan berlangsung.

Pergerakan atau senaman ringan selama lima hingga 10 minit setiap satu jam juga adalah perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan konsentrasi peserta kursus sentiasa berada pada tahap maksimum.

Jeffrey R. Anshel yang merupakan Pengarah Corporate Vision Consulting, Encinitas di California banyak menulis  mengenai pengaruh pemakanan terhadap penglihatan, faktor tekanan yang mempengaruhi prestasi visual dan masalah penglihatan komputer. Dalam artikelnya bertajuk Visual Ergonomics in the Workplace: Improving eyecare and vision can enhance productivity, beliau menekankan antara saranan praktikal penjagaan mata sewaktu melihat skrin komputer adalah merehatkan mata seketika. 

Salah satu strategi yang disarankan adalah pendekatan 3B iaitu berkedip, bernafas dan berehat. Beliau memperkenalkan peraturan 20-20-20 untuk mata berehat setiap 20 minit dengan mengalihkan pandangan kepada suatu objek yang berjarak 20 kaki selama 20 saat. Dengan cara ini, mata akan berada dalam keadaan sentiasa selesa dan mengelakkan rasa mengantuk serta ketegangan yang boleh menyebabkan keletihan pada mata.

Cyber Security Malaysia dalam buku CyberSAFEparenting – Ke Arah Kesejahteraan Siber yang diterbitkan pada 2019 turut mengeluarkan pemakluman sama sebagai tip menjaga kesihatan mata khususnya kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, peserta program latihan juga diingatkan supaya tiada gangguan bunyi, kehadiran fizikal manusia atau haiwan yang mungkin boleh mengganggu fokus. 

Kadar pencahayaan lampu, penggunaan suhu penyaman udara di dalam bilik yang optimum disarankan sekitar 24 darjah Celsius dan penggunaan skrin latar belakang yang sesuai dicadangkan bagi memelihara privasi.

Akhir sekali, peserta dan penganjur perlu sentiasa mematikan butang kamera dan mikrofon terutamanya jika ingin ke tandas, bercakap di telefon atau berkomunikasi dengan orang lain supaya tidak mengganggu perjalanan kursus. 

MOHD. RAFIZI RAHMAD dan DR. NURUL FARIHA LOKMAN, Institut Kepimpinan & Pembangunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya