Manfaat disediakan sektor kerajaan, swasta makin teruk - Utusan Malaysia

Manfaat disediakan sektor kerajaan, swasta makin teruk

ASPEK kestabilan menjadi punca utama seseorang memilih untuk bekerja dengan kerajaan. - IHSAN JPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI bercita-cita hendak bekerja dengan kerajaan dan ada juga yang mahu bekerja dengan syarikat swasta atau bekerja sendiri.

Sebenarnya, setiap sektor pekerjaan mempunyai kelebihan tersendiri. Aspek kestabilan adalah punca utama seseorang itu memilih untuk bekerja dengan kerajaan.

Tidak seperti sektor swasta di mana syarikat boleh menjadi terlingkup atau gagal dalam urusan perniagaan, ia tidak akan terjadi dalam perkhidmatan kerajaan kecuali penjawat awam sengaja memperlingkupkan diri.

Agensi atau jabatan boleh ditutup atau berubah menjadi bentuk baharu, tetapi selalunya kakitangan kerajaan tidak akan dibuang sebaliknya diserap ke agensi atau jabatan lain.

Selain itu, faktor daya penarik lain adalah manfaat yang disediakan perkhidmatan kerajaan selalunya melebihi faedah yang ditawarkan sektor swasta. Penjawat awam sering ditawarkan penjagaan kesihatan yang unggul dengan kos lebih rendah dan rancangan persaraan yang baik.

Dalam situasi kemelesetan ekonomi berpanjangan, manfaat yang disediakan sektor kerajaan dan swasta semakin teruk. Namun, faedah kerajaan tetap lebih baik.

Namun, apa juga kekurangan dalam perkhidmatan kerajaan termasuk kadar kenaikan gaji yang mengambil masa.

Penyesuaian kos sara hidup yang dibenarkan untuk kakitangan kerajaan jarang mengikut inflasi semasa dan kenaikan merit hanya diberikan kepada peratusan kecil yang berprestasi tinggi terutama yang mampu ‘akur perintah.’

Penjawat awam yang terbabit dalam pentadbiran peringkat tinggi dibayar lebih rendah daripada rakan sektor swasta mereka. Untuk meraih gaji lebih besar, pegawai kerajaan perlu melompat ke sektor swasta.

Kerenah birokrasi yang perlu dipatuhi penjawat awam tidak hanya membuat rakyat kecewa tetapi turut mengganggu pegawai kerajaan yang mahu menyelesaikan sesuatu tugas dengan cepat. Semua keputusan besar dan kecil perlu melalui proses kelulusan formal.

AZIZI AHMAD, Segambut Luar, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya