Teruskan amalan wakaf harta - Utusan Malaysia

Teruskan amalan wakaf harta

HARTA wakaf umumnya boleh dibangunkan dengan pelbagai projek yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat seperti pusat kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WAKAF adalah salah satu amalan yang telah lama dipraktikkan oleh umat Islam melibatkan pemindahan harta daripada milik persendirian kepada Allah SWT untuk tujuan ibadah.

Sejarah membuktikan wakaf adalah salah satu medium yang dapat membantu pengembangan dan peningkatan ekonomi sesebuah negara.

Harta wakaf umumnya boleh dibangunkan dengan pelbagai projek yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat.

Contohnya, menyediakan institusi pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadat, rumah, premis perniagaan dan kemudahan lain yang membantu perkembangan ekonomi negara.

Justeru, wakaf boleh menjadi satu mekanisme penting dalam perkongsian harta kekayaan seseorang dengan individu lain.

Pewakaf boleh mendermakan atau mewasiatkan sebahagian daripada hartanya untuk dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan seperti dalam bidang keagamaan, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah pembayaran untuk tujuan wakaf seperti melalui potongan gaji, aplikasi dalam talian dan laman web atau membayar terus di kaunter Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Skim Wakaf Tunai diperkenalkan untuk mengumpul dana bagi pembangunan prasarana dan kemudahan untuk manfaat umat Islam.

Tanah-tanah wakaf juga semakin banyak dibangunkan dengan projek-projek fizikal seperti pembinaan ruang niaga, pusat dialisis, sekolah, rumah anak yatim, masjid dan hotel.

MOHD. YAKOP IKRAM
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya