fbpx

12 April 2021, 12:11 am

  TERKINI

Jom daftar segera program imunisasi Covid-19

KAKITANGAN KPJ Tawakkal bergambar selepas menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19, baru-baru ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAHASISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) mengajak orang ramai segera mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan demi kesejahteraan diri dan keluarga, sekali gus membolehkan negara mencapai imuniti kelompok.

Seruan itu dibuat oleh Presiden Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar UUM, Muhammad Saniy Samsudin.

Beliau berpendapat angka tujuh juta daripada 32 juta penduduk Malaysia yang berdaftar dengan program imunisasi itu masih kecil yang menunjukkan rakyat perlu diberi penerangan dan kempen imunisasi secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet sudah menerima dua dos vaksin Covid-19. Ini bermakna rakyat perlu mendaftar segera dan menerima suntikan yang diberikan secara percuma.

Pendapat sama diluahkan oleh Presiden Inapan Siswa SME Bank UUM, Muhammad Azzmal Mat Sazali yang berharap rakyat Malaysia akan segera mendaftar dan menerima suntikan itu.

Tegas Muhammad Azzmal, mereka yang menerima suntikan itu baru-baru ini tidak mempunyai sebarang masalah sampingan. Justeru, diharap lebih ramai yang akan mendaftar dengan kadar segera agar mencapai sasaran 10 hingga 26 juta orang.

Sementara itu, Presiden Inapan Siswa Proton dan Tradewinds UUM, Muhammad Idzham Rosidi berharap program yang dijalankan oleh kerajaan itu dapat membantu rakyat mengelakkan Covid-19 selain menjadikan mereka selamat dan sihat.

SAMSUDIN OLI MOHAMED
Universiti Utara Malaysia
Kedah

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN