Harga plastik naik 40 peratus jejas persiapan hari raya - Utusan Malaysia

Harga plastik naik 40 peratus jejas persiapan hari raya

BARANGAN yang diperbuat daripada plastik telah meningkat sebanyak 40 peratus sejak awal bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini Utusan Malaysia melaporkan harga barangan dijangka meningkat luar biasa menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan depan ekoran manipulasi harga oleh pembekal, mainan orang tengah dan kenaikan kos makanan ternakan.

Jangkaan itu berdasarkan trend peningkatan harga secara berterusan sekarang yang jika tidak diatasi segera, tidak mustahil menjelang hari raya orang ramai terpaksa berbelanja lebih daripada biasa untuk barangan keperluan.

Perkara itu turut disahkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Tinjauan beliau selama dua minggu sehingga 17 April lalu mendapati harga ayam dan daging berterusan meningkat.

Beliau menjangkakan harga ayam meningkat kepada RM10 sekilogram menjelang Hari Raya Aidilfitri dan beberapa pihak lain pula membuat anggaran harga haiwan itu akan meningkat sehingga RM14 sekilogram.

Bagi saya, pendedahan itu hanya sebahagian kecil daripada fenomena sebenar peningkatan harga melibatkan semua barang termasuk yang tidak dikategorikan sebagai barangan keperluan.

Barangan yang diperbuat daripada plastik misalnya, sejak awal bulan ini meningkat sebanyak 40 peratus.

Ia sudah tentu menjejaskan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang rata-rata menggunakan bekas daripada plastik untuk mengisi kuih dan makanan.

PAK TUA
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.