Siapa bayar pampasan kesan buruk vaksin? - Utusan Malaysia

Siapa bayar pampasan kesan buruk vaksin?

TERDAPAT kemungkinan ada individu yang akan menerima kesan sampingan suntikan vaksin hingga membawa kecacatan dan maut. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT kemusykilan mengenai program suntikan vaksin Covid-19 yang dibeli kerajaan Malaysia daripada syarikat Pfizer dan AstraZeneca yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula disuntik kepada kira-kira sejuta rakyat Malaysia bermula bulan depan dengan keutamaan untuk petugas barisan hadapan.

Selepas itu ia diikuti golongan yang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

Walaupun telah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang sebelum dibawa masuk ke negara ini, masih terdapat kemungkinan ada individu yang akan menerima kesan sampingan hingga membawa kecacatan dan maut.

Siapakah yang akan membayar pampasan kepada mangsa? Adakah Malaysia mempunyai skim seperti di Britain apabila kerajaan negara itu membayar pampasan di bawah program Vaccine Damage Payments Scheme (VDPS).

Pampasan maksimum yang boleh dibayar oleh pemerintah negara itu adalah sebanyak 120,000 pound (RM656,134).

Walaupun dianggap rendah, ia menjadi pilihan kebanyakan rakyat negara itu yang keberatan untuk melalui proses saman di mahkamah kerana kos peguam tinggi dan proses mendapat keputusan perbicaraan yang lama.

GURU TAHFIZ
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.