Dedah kesan buruk pelitup muka - Utusan Malaysia

Dedah kesan buruk pelitup muka

KAJIAN di luar negara mendapati memakai pelitup muka boleh menyebabkan radang paru-paru. – GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERDASARKAN pemerhatian saya semua hebahan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan adalah mengenai kebaikan memakai pelitup muka. Ia dikatakan satu kaedah pencegahan penting bagi mengelak penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19.

Pelitup muka mempunyai dua fungsi iaitu melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti dan mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain.

Jarang sekali kedengaran makluman mengenai keburukan memakai pelitup muka. Yang ada hanyalah larangan untuk dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun, mereka yang sukar bernafas dan individu tidak sedar diri.

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati memakai pelitup muka boleh menyebabkan masalah bacterial pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada bakteria.

Antara tanda-tanda penyakit itu ialah demam dan menggigil, batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning atau mungkin mengandungi darah, sakit dada serta bernafas dengan cepat dan pendek.

Individu yang mempunyai simptom ini mungkin menyangka mereka diserang Covid-19 sedangkan sebenarnya kerana memakai pelitup muka secara tidak betul.

Pelitup muka mudah tercemar apabila diguna berulang kali dan tidak disimpan ditempat steril. Selalunya, ia dicampak di tempat duduk kereta, disimpan dalam poket dan dompet.

Keburukan lain memakai pelitup muka dalam tempoh panjang adalah akan terjadi ruam dan jangkitan kulat pada wajah dan mulut.

HAJI ABDULLAH
Balik Pulau, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.