Banyak kuarters kerajaan terbiar - Utusan Malaysia

Banyak kuarters kerajaan terbiar

Pasaran hartanah jatuh 16 peratus kesan daripada pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk memberikan cadangan tentang kuarters kerajaan yang tidak diselenggara dengan baik dan terbiar selama berpuluh-puluh tahun.

Dalam pemerhatian saya di Muar, Johor sahaja, terdapat tidak kurang daripada 100 unit kuarters tidak kiralah pangsapuri, banglo atau teres ditinggalkan begitu sahaja yang sudah tentu semasa pembinaannya menelan belanja besar oleh kerajaan.

Perhatikan Flat Awam Tun Dr. Ismail di Jalan Bakri; kuarters-kuarters kastam, imigresen dan Jabatan Kerja Raya di Jalan Daud; rumah pekerja klinik kesihatan di Pekan Bakri Batu 6 dan Pekan Bukit Pasir. Begitu juga kediaman polis di Jalan Mohamadiah.

Cadangan saya, apakah tidak boleh pihak yang menguruskan kuarters kerajaan ini dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengubah suai dan melakukan pembaikan kediaman terbabit supaya boleh disewakan kepada orang awam?

Saya yakin langkah sebegini akan membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan, sekali gus dapat mengelak berlaku pembaziran berpanjangan memandangkan kebanyakan kakitangan awam memiliki rumah sendiri.

Saya tidak pasti adakah cadangan sedemikian pernah difikirkan sebelum ini. Jika belum, ia wajar dipertimbangkan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan segera.

DZANMUO
Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya