PERUBAHAN iklim bukan lagi ancaman masa depan, ia kini realiti yang dihadapi oleh pesawah padi di Malaysia. Fenomena banjir luar jangka, kemarau berpanjangan serta serangan penyakit tanaman semakin kerap berlaku, sekali gus menjejaskan hasil dan pendapatan petani. Realitinya, sektor pertanian Malaysia semakin terdedah kepada risiko perubahan iklim yang semakin tidak menentu. Selain kemarau berpanjangan, kejadian banjir juga semakin kerap dan memberi kesan besar kepada pengeluaran makanan negara. Statistik terkini menunjukkan…










