DIKHABARKAN bahawa laporan pasukan petugas yang mengkaji kesesuaian pengiktirafan sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) akan akhirnya diserahkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat ini. Dalam pada ini, pasukan itu ditubuhkan pada Oktober 2019 dan selesai tugasnya pada awal 2020. Pun begitu, laporannya tidak mahu diterima oleh pihak berkuasa terbabit apabila ingin diserahkan. Sehubungan ini, beberapa alasan diberikan. Antaranya ialah pasukan itu sudah terbubar berikutan pertukaran kerajaan pada awal Mac 2020, selain…










