KENAIKAN harga plastik secara mendadak baru-baru ini memberi kesan meluas kepada semua pihak, bukan sahaja industri tetapi juga pengguna. Lonjakan harga bahan mentah terutamanya yang melibatkan bahan asas petroleum, gangguan rantaian bekalan, serta permintaan yang tinggi menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Industri terutamanya sektor pembuatan dan pembungkusan kini menghadapi tekanan untuk mencari alternatif yang lebih mampan. Pengguna pula terpaksa menanggung kos barangan harian yang lebih tinggi, menjadikan plastik sekali guna yang…










