KEPIMPINAN moden sering diukur melalui satu indikator utama: Apakah pulangan pelaburan (ROI) sebelum membuat keputusan. Tidak dinafikan, ukuran ini penting dalam memastikan kelangsungan organisasi. Namun, apabila ia menjadi satu-satunya neraca, kita berdepan risiko melahirkan pemimpin yang cekap dalam melakukan tugasan tetapi tidak berjiwa, tiada humanity-centric. Fenomena burnout, krisis kesihatan mental dan kehilangan makna dalam pekerjaan bukan lagi isu terpencil. Ia menjadi simptom kepada satu sistem yang terlalu menekankan hasil, tetapi…










