SERANGAN Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran pada 28 Februari, lalu memulakan satu lagi siri peperangan baharu di Asia Barat. Iran yang bertindak balas bukan sekadar menyerang kawasan-kawasan strategik di Israel tetapi turut menyasarkan pangkalan-pangkalan tentera AS di sekitar rantau tersebut. Hal ini menyebabkan negara-negara lain secara tidak langsung turut terheret ke dalam kancah tempur yang semakin meruncing ini. Keadaan di kawasan yang disasarkan itu menjadi tidak tenteram…










