CUACA panas terik yang melanda negara sejak kebelakangan ini bukan sekadar isu ketidakselesaan harian. Hakikatnya, suhu yang meningkat ini bukan fenomena terpencil, sebaliknya berkait rapat dengan perubahan iklim global yang kesannya dirasai secara tempatan dan semakin ketara dari tahun ke tahun. Di bandar-bandar besar, fenomena pulau haba bandar memperburuk keadaan. Permukaan berturap dan bangunan konkrit menyimpan haba pada siang hari dan melepaskannya semula pada waktu malam, menyebabkan bandar gagal menyejuk…










