DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tidak lagi mempunyai kemewahan untuk mengekalkan pendekatan subsidi secara pukal tanpa menilai keberkesanan dan keadilannya. Perbelanjaan melebihi RM70 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif pada 2024, diikuti RM58 bilion pada 2025 dan unjuran RM49 bilion pada 2026, jelas menggambarkan betapa besarnya komitmen fiskal negara dalam menjaga kebajikan rakyat. Namun persoalannya bukan sekadar berapa besar jumlah subsidi dibelanjakan tetapi siapa yang benar-benar mendapat…










