KELULUSAN Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 di Parlimen menandakan satu anjakan besar dalam landskap perlindungan sosial negara. Antara pembaharuan paling signifikan ialah pengenalan Skim Lindung 24/7, iaitu skim perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa, termasuk di luar waktu bekerja. Skim ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di Malaysia dan akan mula dilaksanakan seawal suku kedua atau ketiga tahun ini. Dalam konteks kos sara…










