FOKUS Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 tertumpu seruan presiden parti untuk mewujudkan musyawarah nasional dan kolaborasi agung. Inisiatif ini bertujuan menyeru semua kelompok dan firqah Melayu-Islam sama ada parti politik mahupun pemimpin Melayu-Islam bersatu dalam satu payung besar. Inisiatif ini masih bersifat kerjasama bukan politik bagi mencari titik temu ke arah penyatuan seterusnya. Bagi mengurangkan suhu politik, Presiden UMNO menegaskan kolaborasi agung tidak sama sekali menggugat Kerajaan Perpaduan dan tidak…










