JENAYAH alam sekitar bukan sekadar pelanggaran undang-undang tetapi merupakan manifestasi krisis falsafah yang lebih mendalam tentang cara manusia memahami dirinya, alam dan makna kemajuan. Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh keuntungan dan kecekapan ekonomi menyebabkan alam sekitar direduksi menjadi objek pasif untuk dieksploitasi, manakala manusia meletakkan dirinya sebagai penguasa mutlak yang berhak menentukan nasib bumi. Fenomena ini mendedahkan realiti yang membimbangkan, iaitu semakin pesat pembangunan dikejar, semakin rapuh nilai kemanusiaan…










