“ANDA tidak boleh menikmati keamanan tanpa kebebasan dan anda tidak boleh menikmati kebebasan tanpa keamanan”- Tunku Abdul Rahman. Isu kebebasan adalah luas. Setiap aspek kebebasan menjadi impian manusiawi. Pun begitu, tidak dinafikan tiada kebebasan yang wujud secara mutlak di dunia ini. Sebaliknya yang wujud adalah kebebasan yang dipandu dengan undang-undang berlandaskan prinsip moraliti, akal budi dan imbangan antara hak individu dan hak masyarakat. Kerana itu, hak untuk mendapatkan kebebasan maklumat…










