Dalam ucapan Tahun Baharu pada 5 Januari 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sekadar membentangkan hala tuju dasar. Beliau menyampaikan satu kenyataan tekad jelas dan tegas bahawa agenda Reformasi yang diperjuangkannya sejak puluhan tahun bukan sahaja masih hidup, malah kini memasuki fasa pelaksanaan yang dipercepatkan di bawah kepimpinannya. Sejak beberapa tahun lalu, Datuk Seri Anwar sering menjadi sasaran kritikan, bukan sahaja daripada pembangkang tetapi juga daripada segelintir pihak…










