PERUTUSAN Tahun Baharu 2026 oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 12 Januari lalu memperlihatkan pendekatan yang berbeza. Sekiranya sebelum ini perutusan kementerian menekankan senarai projek, sasaran prestasi atau agenda teknikal tetapi kali ini fokus diberikan kepada nilai, tujuan dan wibawa institusi pertahanan negara. Pendekatan ini memberi isyarat bahawa cabaran utama sektor pertahanan tidak hanya berkaitan aset, teknologi atau peruntukan kewangan tetapi juga dimensi kemanusiaan seperti nilai keinsanan,…










