SABAN tahun, ketika musim pendaftaran sekolah tiba, suasana di sekolah-sekolah seluruh negara pastinya dipenuhi dengan keceriaan dan kesibukan, menandakan kehadiran murid baharu yang melangkah ke alam pendidikan formal. Bagi sesetengah kanak-kanak, terutamanya murid Tahun Satu dan pelajar yang memulakan persekolahan menengah, pengalaman ini adalah kali pertama mereka menyertai sistem pendidikan yang lebih tersusun, disiplin dan berstruktur. Walaupun kelihatan sebagai rutin tahunan, proses pendaftaran sekolah sebenarnya membawa makna yang jauh lebih…










