MUKADIMAH Pelantikan MARHAMAH ROSLI sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir pada saat masyarakat berdepan cabaran sosial yang semakin meruncing. Isu gejala sosial, keruntuhan institusi keluarga serta penularan fahaman LGBT kini bukan lagi bersifat terpencil, sebaliknya semakin terbuka dan mencabar nilai agama. Penampilan, latar belakang serta pendekatan yang dibawa penceramah dan aktivis masyarakat ini menjadi bahan pertikaian, malah ada yang melabel dan membuat dakwaan tanpa tabayyun.…










