KEBIMBANGAN terhadap arah tuju sistem pendidikan negara kini semakin mendesak. Apabila Perdana Menteri sendiri menyebut sistem pendidikan negara ‘cacat’ ia bukanlah kenyataan retorik politik tetapi teguran yang sangat bermakna dan tanda sudah tiba masanya untuk menilai semula apakah pendidikan kita benar-benar mendidik manusia atau sekadar menghasilkan tenaga kerja untuk ekonomi. Insiden buli, rogol dan terbaharu kes pembunuhan melibatkan pelajar jelas memperlihatkan masalah pendidikan bukan sekadar kelemahan pengurusan sekolah tetapi krisis…










