SEJAK zaman sekolah, saya suka membaca kamus. Bukan sekadar menggunakannya untuk menyemak makna perkataan seperti lazim dilakukan tetapi membacanya untuk belajar perkataan baharu. Apabila terjumpa perkataan dan frasa baharu dalam kamus, saya akan menandakannya. Selain bertindak sebagai tesaurus untuk mempelajari perkataan seerti, kamus juga membantu mengenali istilah baharu. Maka, saya dapat menggunakan kosa kata yang lebih kaya dalam penulisan karangan di sekolah. Seterusnya, apabila menulis cerpen, dapat pula membantu memperkaya…










